MANILA: Angka korban akibat Taufan Rai yang membadai Filipina meningkat kepada 389 orang, manakala 64 lagi masih hilang, lapor Xinhua.
Majlis Kawalan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) berkata taufan yang sampai di daratan pada 16 Disember lalu turut mencederakan 1,146 orang dan menjejaskan kehidupan lebih 4.2 juta orang di 11 wilayah tengah dan selatan Filipina, serta Kepulauan Luzon.
Taufan ke-15 yang melanda negara itu tahun ini telah memaksa penduduk setempat menghabiskan cuti mereka di pusat-pusat pemindahan.
Lebih 500,000 unit rumah musnah dan hampir 315,000 daripada lebih 570,000 orang telah dipindahkan ke 1,179 pusat pemindahan sementara, menurut agensi itu.
Pertanian dan infrastruktur mengalami kerugian melebihi 22 bilion peso (kira-kira US$440 juta) akibat taufan itu.
Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) memantau penyakit bawaan air dan makanan seperti cirit-birit dan gastroenteritis akut di kawasan dilanda taufan, dan beberapa pesakit telah dibawa ke hospital.
Timbalan Setiausaha Kesihatan Maria Rosario Vergeire menggesa mangsa taufan mematuhi peraturan pandemik COVID-19, sambil menambah bahawa amat penting untuk sentiasa memantau gejala COVID-19.
Beliau berkata taufan itu turut merosakkan 62 makmal ujian COVID-19 serta menjejaskan ribuan dos vaksin akibat gangguan bekalan elektrik.
China turut menawarkan bantuan segera termasuk bungkusan makanan, beras, dan wang tunai bagi menyokong usaha kerajaan Filipina bagi tujuan pemulihan serta membantu mangsa bencana taufan di negara Asia Tenggara itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 28 2021
Seorang wanita bersama anaknya meninjau tinggalan serpihan dari rumah mereka yang rosak akibat Taufan Rai di bandar Cebu, Filipina, 25 Dis, 2021. -AP
4 lagi wartawan terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Empat lagi wartawan Palestin terbunuh dalam serangan terbaru Israel di Gaza menjadikan jumlah korban pengamal media kepada 147 orang.
Majikan tipu pekerja asing di Pengerang gagal bayar tunggakan gaji, berdepan pendakwaan
Majikan yang didakwa melakukan penipuan terhadap pekerja asing di Pengerang, Johor, didapati masih tidak membuat sebarang pembayaran gaji.
MediaTek umum cip Dimensity 8250 dengan teknologi 4nm
Dimensity 8250 dilengkapi lapan teras CPU dengan konfigurasi 1 x Arm Cortex-A78 3.1GHz, 3 x Arm Cortex-A78 3.0GHz dan 4 x Arm Cortex-A55 2.0GHz.
Xi, Putin hadir rasmikan Tahun Budaya China-Rusia
Xi berkata hubungan China-Rusia dalam tiga perempat abad lalu memperlihatkan pengukuhan dan pengembangan persahabatan sesama jiran.
Serangan balai polis Ulu Tiram: Bedah siasat dua mangsa, suspek sedang dijalankan
Tinjauan mendapati laluan serta pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, HSI dikawal ketat anggota polis.
Empat individu termasuk wanita Vietnam ditahan terlibat sindiket pinjaman tanpa lesen
Selain wanita warga asing, turut ditahan tiga lelaki tempatan berusia 22 hingga 34 tahun.
Insiden Balai Polis Ulu Tiram: Jangan kongsi maklumat tidak pasti - Fahmi
Orang ramai perlu mendapatkan maklumat daripada sumber yang sah bagi memastikan mereka tidak menyebarkan maklumat yang tidak betul.
Jemaah Islamiyah ancaman utama keselamatan Asia Tenggara
JI terkenal kerana terlibat dalam beberapa serangan pengganas besar di rantau ini, termasuk pengeboman kelab malam Bali pada 2002 yang mengorbankan 202 nyawa, kebanyakannya pelancong asing.
Agenda AWANI: Mentakrifkan semula kejayaan
Apakah strategi Yayasan Peneraju dalam memperkasa dan meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam penciptaan nilai dan penguasaan ekonomi dalam sektor baharu?
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Diskusi dan analisis dalam Agenda Awani jam 9:00 malam ini.
Huawei perkenal inovasi terbaharu WATCH FIT 3, Matebook X Pro
Boleh dipadankan dengan kedua-dua peranti iOS dan Android serta bateri yang mampu bertahan sehingga 10 hari, HUAWEI WATCH FIT 3 memastikan pemakai kekal berhubung dengan lancar.
Angka korban akibat Taufan Rai di Filipina meningkat kepada 375 orang
56 individu dilaporkan hilang manakala lebih 500 lagi cedera susulan kejadian itu.
Mesej tular tentang ekor, kepala Taufan Rai tidak benar - MET Malaysia
Taufan Rai bergerak ke arah barat-barat daya Laut China Selatan dan tidak akan menuju ke Malaysia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taufan Rai: Angka kematian di Filipina meningkat kepada 208
52 orang lain masih hilang dan usaha mencari dan menyelamat mangsa kini sedang giat dilakukan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taufan Rai bakal melanda, pihak berkuasa Filipina mula pindahkan penduduk
Pihak berkuasa wilayah tenggara Caraga terpaksa melakukan pemindahan awal di kawasan berisiko tinggi ketika Taufan Rai bertambah kuat dan dijangka sampai ke daratan lebih awal.